2 Perkara yang perlu diambil kira untuk main saham..
Modal besar .
aspek pengurusan risiko adalah satu komponen penting dalam pelaburan.
RISK IS OPPORTUNITY. sehebat mana seorang pelabur itu mampu memanipulasikan risiko yg perlu dihadapi dalam sesuatu portfolio pelaburan, maka lebih banyak komponen opportunity baginya.salah satu aspek pengurusan risiko yg paling common dalam pelaburan adalah disebut sbg diversification. tindakan memperluas dan mempelbagai portfolio pelaburan secara teori dan praktikalnya mmg dapat mengurangkan kesan severity of loss dalam pelaburan. sbg contoh, bayangkan, jika anda melabur pada 10 kaunter yg berbeza bidang, satu kaunter di bidang properties, satu di bidang banking, satu di plantation, satu di tech, dll, apabila satu masalah melanda bidang plantation dan kaunter yg anda laburkan tadi turut menerima kesan. maka keuntungan sembilan kaunter yg lain masih blh menampung kerugian yg satu tadi.
Masalahnya, pelaburan direct stock perlu kepada pembelian satu lot. biasanya, satu lot mengandungi 1000unit. Bayangkan sbg contoh satu blue chip stock, Telekom yg harganya mencecah RM12 seunit, maka utk satu kaunter sahaja anda perlu memperuntukkan kira2 RM12,000. habis tu, nak manage risk mesti kena diversify, kene beli jugak kaunter2 lain. nak kene bayar brocker fee lagi . kadang2 unit holder plak tanak jual masa kita nak beli pada harga rendah, .jadi itulah antara masalah2 dengan pembelian saham merujuk kepada keperluan modal yg besar.
Analisis pasaran yg kritikal
pelabur perlu tahu yg harga saham blh berubah2 dalam masa yg amat singkat. dalam masa 5 minit, mungkin seorang pelabur blh rugi berpuluh ribu. ditambah pula dengan kecairan yg rendah (less liquid) pada pembelian satu2 saham, menyebabkannya menjadi lebih berisiko utk rugi teruk.
Asasnya, pelabur perlu mengamalkan konsep buy low sell high utk mengaut keuntungan pada margin yg maksima. Hmm masalahnye, pergerakan pasaran saham adalah dikawal oleh invisible hand menyebabkan penganalisis professional juga tidak dapat memberikan prediction yg jitu dan benar2 persis mengenai pergerakan pasaran dan harga saham. Jadi, anda berhadapan pula dengan risiko ketidaktentuan (uncertainty). Bila dah labur kena pulak monitor perkembangan saham anda sepanjang masa atau hire brocker utk monitor. Brocker yg baik biasanya mengenakan charge yg agak tinggi.
Jadi, apakah alternatif terbaik utk melabur dgn financial power yg sederhana?
Itu sebabnye ade pelaburan saham Amanah (Unit Trust Investment), ni memang satu alternatif yg baik utk menjana capital growth atau income yang sama macam melabur pada stock/equity ataupun bond.
Kenapa perlu pening-pening nak fikirkan harga saham turun naik... serahkan je pada PAKAR... CIMB Wealth Adivisors..