Friday, July 18, 2008

Harga Hari Ini... update

CIMB Islamic Fund

DALI - RM0.8738

DALI 2 - RM1.5393

DALI 3 - RM0.2233

CIGEF - RM0.4930

Jemputlah saudara-mara dan rakan-rakan untuk melabur sekarang..

Call/SMS::Syamsul::019-6798639
KL & Selangor.

Thursday, July 10, 2008

Matlamat?

Kita sering mendengar orang berkata ''tetapkan matlamat'' sebelum usahakan sesuatu.
Ada matlamat jangka pendek, matlamat jangka panjang . Kenapa perlu tetapkan matlamat? fikirkan...


M - masa
A - akan
T - tiba
L - lantaran
A - anda
M - mahu/mula
A - atau
T - tidak
>
Jadi, nampak kan? matlamat dikaitkan dengan masa...
'Masa' itu pasti akan tiba walaupun kita tak mahu, 'masa' juga akan berlalu
alangkah ruginya kita tidak mendapat apa-apa hasil ketika 'masa' itu tiba..
>
Strategi pelaburan tak perlu 'timing' tetapi perlu 'time in'...
>
Jadi, rancanglah dengan teliti, tetapkan objektif dan matlamat anda,
mulakan pelaburan sekarang juga!

Hubungi saya di talian 019-679 8639 - syamsul untuk pengisian M.A.T.L.A.M.A.T anda.


>


>

Pujangga Mengatakan:

>
Si Perancang Masa Depan:
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.
>
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
>
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
>
>
Si Pencari Haluan:
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
>
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
>
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri : mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
>
>
Si Pejuang:
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
>
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap
yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
>
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
>
>

Thursday, July 3, 2008

Bandingkan..

Tentu ramai yang tak jelas dan nak tahu perbandingan..

Jadi mari bandingkan jenis pelaburan, kebaikan dan keburukannya

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Simpanan Biasa (1% - 2% pulangan)
Penerangan: Kumpulan wang yg berikan kadar faedah yg kecil secara tahunan atau bulanan
Kebaikan:
Mudah diambil (kecairan tinggi),
Hampir tiada risiko.
Keburukan: Pulangan tak dapat saingi inflasi (inflasi semasa +-5%),
Kuasa membeli akan gagalkan wawasan simpanan,
simpanan cepat susut kerana kecairan tinggi.
>
----------------------------------------------------------------------------------------------
>
Jenis Pelaburan: Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (3% - 4% pulangan)
Penerangan:
Pulangan yg menjamin pulangan tetap pada tempoh tertentu (tempoh matang)
Kebaikan:
Pulangan terjamin,
Hampir tiada risiko.
Keburukan:
Pulangan tak dapat saingi inflasi,
Tiada pulangan jika dikeluarkan sebelum tempoh matang,
Tak sesuai untuk penambahan simpanan (top-up).
>
----------------------------------------------------------------------------------------------
>
Jenis Pelaburan: Pasaran Saham (1% - 300%)
Penerangan: Pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham
Kebaikan:
Pulangan yang tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek
Keburukan:
Risiko sangat tinggi,
Pelabur berisiko berakhir dengan hutang,
Perlu pengetahuan teknikal serta masa yang betul,
Bayaran remisier yang tinggi dsb
>
----------------------------------------------------------------------------------------------
<
Jenis Pelaburan: Waran, Debentur dan yg sewaktu dengannya
Penerangan:
Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yg mempunyai aset syariukat sebagai cagaran
Kebaikan:
Risiko lebih rendah berbanding saham,
Prestasi meningkat selaras dgn prestasi syarikat.
Keburukan:
Tidak mudah cair,
tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham,
Faedah yg tetap,
Perlu ditunaikan ketika matang tak kira untung atau rugi.
>
----------------------------------------------------------------------------------------------
>
Jenis Pelaburan: Hartanah (10% ke atas)
Penerangan:
pelaburan dalam hartanah spt rumah, tanah, kondomium, projek perumahan, konsep beli pada harga mentah atau murah kemudian jual bila harga tinggi
Kebaikan:
Rumah adalah keperluan asas dan tanah adalah aset tetap,
Ada 2 jenis pulangan iautu sewa dan jual terus.
Keburukan:
Perlu modal mula yang tinggi,
Harga sukar pulih jika pasaran merudum dan lokasi kurang sesuai.
Kecairan rendah (mungkin ambil masa hingga bertahun-tahun) bagi selesaikan 1 urus niaga. Tidak mudah alih.
>
----------------------------------------------------------------------------------------------
>
Jenis Pelaburan: Amanah Saham (Unit Trust) (10% ke atas)
Penerangan: Pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (cth; CIMB wealth advisors, Public Mutual) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)
Kebaikan:
Risiko diagihkan (diversify) supaya terkawal,
Kecairan tinggi,
Diuruskan oleh professional,
Modal permulaan yang rendah.
Keburukan:
Tertakluk kepada risiko yang telah dibincangkan dalam post yang lepas.
>
----------------------------------------------------------------------------------------------
>
Jadi yang mana satu anda pilih?
>
>