Masih ada yang bertanya.. masih ada yang tertanya-tanya.. tidak kurang juga yang tahu tapi tidak mahu membantu.. masih ramai yang tak mahu ambil tahu... untuk mereka yang ingin dibantu... bacalah...
Apakah dia Unit Trust (amanah saham)?
Amanah saham adalah 1 bentuk pelaburan terkumpul yang membenarkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama dimana dana/modal mereka dikumpulkan dengan tujuan untuk dilaburkan kedalam portfolio of securities atau aset-aset.
Satu pengurus dana yang professional (cth CIMB Wealth Advisors) kemudiannya melaburkan dana-dana yang telah dikumpulkan kedalam satu portfolio yang meliputi kelas-kelas aset seperti yang disenaraikan dibawah:
1. Tunai (Cash)
2. Bon dan Deposit (Bonds & Deposits)
3. Saham-saham (Shares)
4. Hartanah (Property)
5. Komoditi-komoditi (Commodities)
1. Tunai (Cash)
2. Bon dan Deposit (Bonds & Deposits)
3. Saham-saham (Shares)
4. Hartanah (Property)
5. Komoditi-komoditi (Commodities)
Dengan itu, pemegang unit (pelabur) tidak perlu membeli securities secara terus / langsung. Pemegang unit ini pula akan dibahagikan unit-unit yang layak. Apabila nilai dana (fund) naik atau turun, nilai unit juga akan naik dan turun. Bilangan unit-unit yang diberikan pula bergantung kepada harga unit pembelian pada permulaan pelaburan dan jumlah wang yang dilaburkan.
Pulangan pelaburan kepada pemegang unit (pelabur) biasanya dalam bentuk income distribution dan capital appreciation. Ia akan dikeluarkan dari himpunan aset-aset untuk menyokong dana amanah saham (unit trust fund). Setiap unit menerima pulangan yang sama, ditentukan oleh aras pembahagian dan/atau capital appreciation dalam 1 tempoh masa tertentu.
Pelabur-pelabur amanah saham kebiasaannya adalah mereka yang menyimpan untuk melabur,
mereka yang tidak mempunyai masa atau kesanggupan untuk memegang portfolio bagi pelaburan-pelaburan terus saham. Mereka lebih suka melabur di dalam satu tempat yang selamat, tempat pelaburan yang mempunyai reputasi yang menepati tujuan-tujuan mereka. Selain itu, Amanah saham membenarkan pelabur-pelabur mengakses dengan mudah kepada pendedahan pelaburan yang kebiasaannya tidak ada untuk mereka.
Oleh kerana pelabur-pelabur mahukan pulangan-pulangan yang maksima dari sumber-sumber kewangan mereka, maka amanah saham memberikan laluan yang paling ideal untuk mereka mendedahkan diri kepada pelaburan-pelaburan, yang mana dalam jangka masa panjang, boleh menghasilkan pulangan yang sangat banyak kepada pelaburan simpanan tunai dan deposit tunai mereka!
Kos bagi potensi pulangan-pulangan yang tinggi ini tentunya risiko. Setiap pelaburan mempunyai risiko. Dalam jangka masa pendek, pulangan-pulangan pelaburan bagi semua produk amanah saham adalah lebih rendah dari yang ditawarkan untuk fixed deposits. Namun dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang (cth: 3 - 20 tahun) pelaburan-pelaburan amanah saham keseluruhannya memberikan pulangan yang sangat lumayan pada kadar risiko yang sangat munasabah.
....... Huraian lanjut akan diberikan lagi... tunggu...
No comments:
Post a Comment