Rahsia Kekayaan
Sama ada anda mahu melabur dalam saham atau deretan kelas-kelas aset yang besar, saham amanah memberikan anda satu kelebihan yang sangat sukar bagi pelabur mencapainya sendirian. – kepelbagaian.
Ramai orang melabur tetapi kenapa sebilangan sahaja yang menjadi kaya. Kenapa?
Kerana ramai orang melakukan pelaburan namun menganggap pelaburannya sebagai simpanan.
Simpanan Lawan Pelaburan.
Jadi apa perbezaan antara simpanan dan pelaburan?
Simpanan adalah dana/simpanan yang anda buat untuk membuat/mencapai sesuatu, cth percutian, bila anda telah mempunyai sejumlah simpanan, anda keluarkannya dan membelanjakannya untuk percutian. Selepas percutian tersebut segalanya telah habis dan anda akan mulakannya semula untuk perkara lain.
Membina kekayaan adalah sangat berlainan. Orang yang mahu membina kekayaan akan melabur wang mereka untuk jangka masa panjang di dalam aset-aset yang berkembang seperti saham-saham dan hartanah. Inilah pelaburan.
Strategi mereka adalah untuk menggunakan pendapatan hasil dari pelaburan mereka dan meninggalkan modal yang dilaburkan. Mereka tidak keluarkan modal, jadi ia kekal dilaburkan berkembang dan berganda, dan menghasilkan lebih banyak pendapatan setiap tahun.
Jika anda lakukannya, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mencapai matlamat pelaburan anda, tetapi dalam jangka masa panjang, anda akan rasai penantian tersebut sangatlah berbaloi. Setelah beberapa tahun berlalu, anda akan mempunyai peningkatan aliran pendapatan tambahan dari pelaburan anda dan dengan itu juga taraf hidup anda juga pasti akan meningkat!
Haruskan saya menyambung untuk menyimpan modal semasa bersara?
Mengekalkan modal adalah strategi yang bagus untuk timbunan kekayaan. Sudah tentu bila anda telah berhenti kerja nanti, strategi anda mungkin berubah. Pada masa itu ada baiknya untuk mula mengeluarkan sebahagian dari modal anda dan mempastikan baki modal masih boleh bertahan untuk selama mana yang anda mahu.
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment